Pengakhiran

Dalam sedar tak sedar , masa cepat sangat berlalu ... terasa macam baru semalam aku
melangkah ke alam persekolahan , macam baru semalam aku kenal dunia . Hari ni , aku
sudah diakhir zaman persekolahan . Terlalu banyak kenangan yg tersimpan sepanjang 
bergelar pelajar tidak kira sama ada di sekolah rendah atau menengah . 
Hanya kenangan yang mampu ku simpan buat pengubat kerinduan disaat rindu mendatang .



                                                   Lepas aktiviti masak-memasak-2012

Sungguh , zaman persekolahan adalah sesuatu yang cukup indah . Di situ kita kenal erti
persahabatan . Erti setiakawan , Erti kesungguhan . Namun kini , Kini , semua makin
melangkah pergi . Meninggalkan secebis memori . Sahabat akan lupa akan tali persahabatan,
masing-II membawa haluan sendiri . Melangkah menuju impian . Jika mampu diputarkan
waktu , aku mahu mengubah semuanya . Aku mahu keadaan menjadi normal seakan seawal
persahabatan itu dipatrikan . 





Hari Graduasi 2014

Kini , kita sudah cukup dewasa untuk menilai sendiri yang mana baik dan yang mana buruknya
kehidupan , mampukah kita menhadapi cabaran dalam liku kehidupan yang mendatang ?
Demi pengakhiran ini , izinkan aku menhulurkan maaf andai diri ini pernah melukakan 
apatah lagi mengguris perasaan . Maafkan lah diriku ini . Doa ku sentiasa mengiringi mu sahabat :')


                                                        Before school break-2012



memori yang takkan dapat dilupakan :)

kita bersama , mengikat janji persahabatan hinnga akhir hayat . Semoga Allah sentiasa bersama kita menempuhi hari mendatang :)


IF SUKA LIKE/SHARE, IF TAK SUKA BOLEH BLAH.. HAHAHAHA :D

 
copyright © 2012 to Diari gadis senget | design by Aida Omar