VLOGGER PUJAAN HATI

ASSALAMMUALAIKUM..
SETELAH SEKIAN LAMA TIDAK MENGUPDATE BLOG..
HARI NI TERASA GATAL PULA TANGAN NI NAK UPDATE..
HARI NI NAK CERITA PASAL FAMOUS VLOGGER ..
AGAK-AGAK KORANG SIAPA LG FAMOUS ??

OKE, DEKAT SINI SY DAH SENARAIKAN NAMA-NAMA
MEREKA , APA KATA KITA USHA SIKIT :)

BELACAN DAN PAKU

ACTUALLY, MEREKA ADALAH ORG US YG DUDUK DI SARAWAK,MALAYSIA
SELAMA 1 TAHUN.. SEBAB ITULAH MEREKA FASIH BERBAHASA MELAYU :)
CUBA TENGOK VIDEO LAIN , MESTI KORANG TERGELAK PUNYA :D

AMANWAN

AMAN WAN SEORANG VLOGGER YG SANGAT AKTIV APABILA DI
HADAPAN KAMERA.. DENGAN AKSI SPONTAN NYA !! :)

KEESAMUS

HA ! INI DIA KEESAMUS SEORANG GADIS THAI YG MENCOVER LAGU-
LAGU ARTIS MALAYSIA .. SUARA PUN NOT BAD, THUMBS UP GIRL :)


KYOPROPAGANDA

HAHA, MEREKA JUGA ADALAH SEORANG VLOGGER PARODY YG GILA-GILA
DAN TERSGTLAH AWESOME ACTUALLY, EVEN KYO ADALAH GROUP.. NABIL
IFWAT ADALAH PENCETUSNYA :)

SYAFAFIQ ZAKARIA

SYAFAFIQ ADALAH GABUNGAN DUA NAMA IAITU SYAFAIZ DAN SYAFIQ..
DORG NI ADIK BERADIK TAU.. HENSEM KAN ? ;)

SHAHRINCOOL

SEORANG VLOGGER YG JAUH DIMATA DEKAT DI HATI.. HAHA.. :D
TAKDE LAH, SHAHRIN NI SORG VLOGGER YG BETUL-BETUL COOL..
SWEET PULAK TU , HEHE,.

ENCIK MIMPI

ENCIK MIMPI, DGAR PUN DA MCM SYOK KAN ? HA, ENCIK MIMPI
NI LAH YG SELALU BUAT TIDUR MLM KU TERMIMPI-MIMPI :P
GURAU JE.. DIA SEORG PENGGUBAH LAGU KEPADA PARODY :)


VLOGGER-VLOGGER NI ADALAH DIATAS SELIDIKAN SY SENDIRI..
TAK TAU PULAK LA KORG MCM MANA KAN ? :)
IF SUKA LIKE/SHARE, IF TAK SUKA BOLEH BLAH.. HAHAHAHA :D

SOALAN SENGAL

APE SOALAN PALING ANNOYING YANG KORANG PENAH DENGAR ?
KONGSI LA SIKET.. OKE,, DEKAT SINI LIZA SERTA KAN BEBERAPE 
SOALAN SENGAL AND JAWAPAN SEKALI..

1) BILA ORANG NAMPAK ANDA BARING TUTUP MATA..
    SOALAN : HYE, TIDUR KE ?
    JAWAPAN : TAK LAH , AKU TENGAH TRAINING MCM MANA NAK MATI..


2) IMAGINE ANDA BAWA TV YANG ROSAK PERGI JUMPA TECHNICIAN..
    SOALAN : NAK REPAIR TV KE ?
    JAWAPAN : TAK LAH, AKU TENGAH BOSAN , SO SAJE AKU BAWAK JLN..

3) TIME ANDA TENGAH BANGUN TIDUR, TIBA-II ADA YG TEGUR,,
     SOALAN : BARU BANGUN KE ?
     JAWAPAN : ISH. AKU TENGAH TIDUR SAMBIL JALAN NI..

4) KAWAN CALL TELEPHONE RUMAH ,..
    SOALAN : KAU ADA DEKAT RUMAH TAK ?
    JAWAPAN : TAK , AKU DEKAT KUBUR NI..

5) ANDA BARU LEPAS KELUAR DARI BILIK AIR DENGAN KEADAAN BASAH
    (MANDI)
    SOALAN : BARU LEPAS MANDI KE ?
    JAWAPAN : TAK LAH, AKU BARU TERJATUH DALAM JAMBAN TADI,,

6) BILA NK ORDER MAKAN DEKAT FAST FOOD
    SOALAN : SELAMAT DATANG , MAKAN SINI KE ?
    JAWAPAN : ERH, TAK LAH MAKAN SANE..


7) KORANG TENGAH ON9 TIBE-II ADE MAMAT TEGUR..
    SOALAN : HYE, TENGAH BUAT APE ?
    JAWAPAN : TENGAH CUCI KAIN NI HA !


ANNOYING GILA KAN SOALAN-II MACAM TU ? ADOI... BELASAH JE
LA.. HAHAHAX :D  

IF SUKA LIKE/SHARE, IF TAK SUKA BOLEH BLAH.. HAHAHAHA :D

SIAPA ITU ENCIK MIMPI ?


ASSALAMMUALAIKUM...


SIAPA ITU ENCIK MIMPI ? ISHH,,, TAK KENAL LAGI KE ?
DIA LAH PENYANYI LAGU PUTUS DI TWITTER YANG
DEKAT YOUTUBE TU, HARI TU FIRST TIME DENGAR
SUARA DIA KAN, PERRGGHH... TERPEGUN SEKEJAP,HEE...
KOZ SUARA DIA KAN, KALAH DATO' SITI HEHE..  BY
THE WAY, ENCIK MIMPI NI SECRET GARDEN SIKIT ORANG
NYA. SEMUA ORANG TAK TAHU PASAL DIA, TAPI DAPAT
DENGAR SUARA AJE.

RAMAI YANG TERTANYA-TANYA,
SIAPA ENCIK MIMPI ? MACAM MANA MUKA DIA, KOZ DIA
TAK PERNAH NAK DEDAH KAN IDENTITI DIA, WALAUPUN
PERNAH DI TEMUBUAL OLEH BUAH MULUT.. DIA CAKAP
DIA MENYANYI NI SUKA-SUKA SAJE, BUKAN SEBAB NAK
'HOT' OK, I SALUTE U EM :))

SELAIN DARIPADA PANDAI MENYANYI, ENCIK MIMPI
NI PUN PANDAI MELUKIS, BERBAKAT BETUL LAH... JOM KITA
TENGOK DUA TIGA LUKISAN YANG DILUKIS SENDIRI OLEH
ENCIK MIMPI SENDIRI :)





DAN YANG INI GAMBAR BARU DARIPADA DIA ,
DI KABUR KAN, AGAK-AGAK KORANG KENAL TAK ?? ^^



HEE.. COMEL KAN ? BANGGA SAYA KALAU DAPAT BF OR ABANG
MACAM DIA NI, HEE.. UNTUNG SANGAT KAN.. RAMAI YANG
PUJI SUARA DIA AND HOPE YANG ENCIK MIMIPI NI HENSEM..
TAPI, BAGI SAYA, HENSEM KE TIDAK, ITU TAK PENTING,YANG
PENTING, DIA DA HIBURKAN PEMINAT-PEMINAT DIA,TERMASUK
LAH SAYA .. HEHE ,MACAM MANA NAK CONTACT DIA ?
KORANG BOLEH LIKE PAGE FB DIA http://www.facebook.com/EncikMimpiMusic
TWITTER --> http://www.twitter.com/encikmimpi
YOUTUBE --> http://www.youtube.com/user/encikmimpi
DAN, BLOG --> http://encikmimpi.blogspot.com
TEMUBUAL --> http://buahmulut.com/xtvt/2011/10/16/temubual-eksklusif-buahmulut-bersama-en-mimpi-penyanyi-putus-di-twitter/
IF SUKA LIKE/SHARE, IF TAK SUKA BOLEH BLAH.. HAHAHAHA :D

PENGORBANAN SEORANG AYAH



APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang lemah :'(


IF SUKA LIKE/SHARE, IF TAK SUKA BOLEH BLAH.. HAHAHAHA :D

PENGORBANAN SEORANG IBU


Ibu sering menipu anda ?
Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.


Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : "Makanlah nak ibu tak lapar." PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.


Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.


Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.


Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.


Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.


Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit" PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.


Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.


Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." . PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN


Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu"SEMOGA MENJADI TAULADAN".... :(

IF SUKA LIKE/SHARE, IF TAK SUKA BOLEH BLAH.. HAHAHAHA :D

PENANTIAN SATU PENYIKSAAN :(

Arrgghhhh!!!!!!! rindu nya kat awak ... bila la agaknya awak nak datang? tak sabar nak jumpa awak... sy rindu gila ni.. :( harap-II sangat lepas ni takde halangan lagi nak jumpa awak... awak tau tak? hampir sebulan saya tunggu? menanti dan terus menanti awak.. dan sy akan tetap menanti.. :) sy tau awak busy kn? it's oke syg.. sy akan tetap menanti.. SAYANG sy rindu awak sangat!! hope awak pon macam tuh.. :) sy tunggu awak sayang! 5 JULAI 2012.. waiting for you! :*
IF SUKA LIKE/SHARE, IF TAK SUKA BOLEH BLAH.. HAHAHAHA :D

WE'RE YOUNG! HEHE.. OMEY KN KAMI?? HUHU.. SY SYG BUDAK SEBELAH SY TUH.. DIE CUTE SGT! TERGODA SY.. AUWW... HUHU.. BTW, SAYANG KAU LAH BUDAK! :P
IF SUKA LIKE/SHARE, IF TAK SUKA BOLEH BLAH.. HAHAHAHA :D

PENIPUAN YANG NYATA !!

awak.. awak kena tipu dpan mate pon awak xnmpk.. awak.. sedar la cepat.. sebelum awak kena tipu lagi... sy cuba bg tau awak.. tapi, nanti awak cakap saya dengki.. percaya lah cakap saya.. da banyak kali saya bgtau mlalui orang lain.. tp, awak tetap percaya dekat lelaki tu.. ZIEYRA sy tau awak xsuka sy,. sy cuma nak tolong awak je.. tapi kalau awak rase , awak xperlukan pertolongan sy ni.. xpe la.. xkesah.. yang penting sy dah cuba :) ZIEYRA sy harap awak baca entry sy ni.. penting sangat-II!!
IF SUKA LIKE/SHARE, IF TAK SUKA BOLEH BLAH.. HAHAHAHA :D

tak tau nak cakap apa..orang single macam ni la.. tengok je lha gambar-II ni :')
SINGLE AGAIN.. BUT NOW WITH EXPERIENCE
IF SUKA LIKE/SHARE, IF TAK SUKA BOLEH BLAH.. HAHAHAHA :D

 
copyright © 2012 to Diari gadis senget | design by Aida Omar